♥Segmen Gegar Geng Kapal : Only the best man can go to sea,only the best girl can be with best man♥

Wednesday, May 18, 2011


assalamualaikum semua. semepena cuti sem yang sangat la berjela ni iqa nak buat satu segmen baru 
SEGMEN GEGAR GENG KAPAL.

Geng Kapal atau Persatuan Geng Kapal (GP)terdiri daripada isteri,tunang, dan girlfriends seafarer.erti kata lainnya pasangan kepada seafarer. dan ada jugak seafarer yang join group ni. seafarer @ pelaut, ini adalah sebuah karier yang menuntut pengorbanan untuk belayar ditengah lautan yang boleh menjangkau sehingga berbulan2 lamanya. contoh macam ikhwan, tunang iqa. ikhwan akan belayar paling kurang 6bulan setiap kali pelayaran. diorang buat ape atas kapal? kalau untuk bahagian deck macam tunang iqa die akan uruskan bahagian navgation, bahgian engineering of course la dekat enjin room kan dan ada krew yang membantu dan sudah tentu ade Captain yang mengemudi. untuk maklumat lebih lanjut berkenaan kerjaya SEAFARER korang boleh view web berikut

pangkat di dalam seafarer. 
dan tidak ketinggalan krew kapal

ramai yang memandang serong kepada mereka2 yang bekerja di atas laut. namun kami pasangan2 seafarer ini lebih mengerti siapa seafarer kami yang sebenarnye. eh jangan tersilap pulak taw..pasangan we all ni bukan TLDM. diorang ni more kepada kapal-kapal minyak,kontena, LNG, chemical and etc..tunang iqa sendiri under crude oil tanker.diorang bukan pergi perang2 ye..kalau nak paling dekat contoh senang mungkin ramai taw tentang kapal MISC yang kene hijack dengan lanun..ha anak2 kapal yang kene hijack tu la dipanggil sebagai seafarer.

macam iqa cakap tadi terlalu banyak pandangan negatif dilemparkan kepada seafarer ni. kami sebagai pasangan ni sampai dah naik lali dengan orang yang masih lagi berpandangan kelas ketiga dengan memberi pandangan tanpa mengetahui perkara sebenar. ramai yang kata mereka ni kaki perempuanlah, pergi belayar turun port je sure cari perempuan lah, mereka ni sosial tahap tak hengat dunia lah.macam2 la sampai dah malas nak ambik port. sebab tanggapan macam nilah ramai yang takut nak berpasangan dengan seorang seafarer. la hai kalau nak buat jahat tu tak kira laut darat udara semua boleh buat jahat. nak dan tak nak je. semua nye berbalik kepada kekuatan iman seseorang..orang kerja didarat pun ramai je yang mempunyai masalah sosial kan main perempuan sana sini. so fikirlah dulu sebelum mengeluarkan sebarang fitnah dan tohmahan.kalau ikutkan kite yang kat darat ni lagi senang nak cari lain or main kayu 3,4,5,6 hinggalah infinity. yelah perluang terbuka luas. ramai lainan jantina kite boleh jumpa. kalau diorg atas kapal tu hari muka sama. jarang jugak ade seafarer perempuan yang belayar.so semuanya terpulanglah pada penilaian individu

tidak dinafikan sangat sedih dan sayu hati pabila ditinggalkan. terutama sat dalam kesusahan. contohnye tengah morning sickness time pregnant, time anak sakit, time kite sakit time nak buat keputusan, memang time ni sangat sedih sebab die tak de time kite perlukan dia.ini melalui pengalaman kakak senior yang dah berkahwin.iqa belum lagi sampai tahap ni. bila jadi macam ni nak share dengan orang tak semua orang yang faham. malah tak pasal2 tambah sakit hati lagi adalah sebab ada yang sanggup cakap 
"yang ko pilih oarang kerja macam tu sape suruh.kan dah merana sorang2"
tak ke sentap dengar. tapi tak salahkan org2 mcm ni sebab diorg tak rasa diorang tak kan faham. jadi tempat paling baik nak share benda-benda macam ni adalah kawan2 yang senasib. pasangan2 seafarer yang lain yang angat memahami perasaan kite yang berkorban kasih setia menanti pasangan lain yang sedang jauh mencari rezeki.

hasil dari kesatuan yang berjaya dibentuk oleh semua pasangan seafarer kami telah menubuhkan sebuah persatuan
PERSATUAN GENG KAPAL

kami ade group sendiri dimana disinilah kami share masalah info dan macam2 lagi dengan ahli yang lain..alhamdulillah semuanya sangat supportive and sangat caring to each other.teruatamanya waktu pasangan masing2 berada di lautan, disinilah tempat meluahkan rasa yang terpendam. walaupun mungkin tak sama dengan meluahkan rasa terpendam itu terus kepada psangan tapi setidak2 nye bila ada kata-kata nasihat dan kata2 smeangat dari ahli yang lain, terubat jugak sendu di hati.

sebelum ni kitorang independent je..belum ade ade persatuan. baru2 ni selepas gathering pertama group ada yang mengusulkan untuk dilantik jawatankuasa dan seterusnya menubuhkan persatuan ini. so senang la untuk mengadakan sebarang aktiviti kan.dah ade oragnisasi ni macam2 perkara boleh kita jayakan

berikut meruapakan AJK tertinggi kelab

PRESIDEN: PN AZIE MUHAMAD
NAIB PRESIDEN: PN ZURINA ZULKAFLI
BENDAHARI: PN EFFIE ELYDA MD YUSOF

AJK
 ZON TENGAH: PN AZIMAH AZRI
 ZON UTARA: PN AZIZAH YUSOF
 ZON SELATAN: PN ZURENA ZAKARIA
ZON TIMUR : PN WAN NORULKHAMISA WAN MUDA

blog kelab

so segmen baru iqa ni iqa akan review kisah kehidupan ahli kelab terutamanya yang telah berkahwin. tujuannya dapat lah ahli yang lain mengambil pedoman iktibar serta pengajaran dan dijadikan panduan melalui kisah2 yang akan iqa paparkan.insyaallah kisah pertama iqa akn paparkan sebentar aja lagi..

diharapkan jugak melalui segmen ini dapat membuka pandangan dan pemikiran orang luar di sana tentang kehidupan seorang seafarer



Gathering pertama

t-shirt rasmi

sticker kereta



p/s..maaflah kalau ayat terabur. dah lama tak buat karangan SPM. dah terabut ke sana sini dah ayat..ayo malu sungguh..takpela yang penting korang faha, ingat nak buat ayat skema..sah2 tak menjadi haru biru jadinya..


♥atiqah mutaza

You Might Also Like

13 komen

  1. mekacih iqa... semoga entry ini membuka minda mereka diluar sana.. huhuhu...

    ReplyDelete
  2. wah siap ada geng-geng kapal..
    biase la tu kerana nila setitik rosak susu sebelanga....

    ReplyDelete
  3. hati tisu : :)

    tatabear : amin insyaallah

    fuain : hehe jom join

    hazwan : biasalah tu mentaliti manusia..we all ahli semua sgt unite

    yaya : thanx dear

    ReplyDelete
  4. cmne nk juin persatuan ni??
    hehehe

    ReplyDelete
  5. ain partner dengan pelaut jugak ke?

    ReplyDelete
  6. ade fb x? add iqa.. pas tu nnt iqa add awk dlm persatuan..sebab kite buat close group heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum wbt.. Kak.. Maaf ggu... Nk tny.. Mcmna nk join grup gengkapal ni? Akak ada fb x?

      Delete
  7. dulu seafarer's wife..tapi hubby dah quit sailing..apapon saya turut menyokong persatuan ni coz masih ada lagi member or teman saudara yg masih lagi doing this job...saya benar2 memahaminya kerana pernah melaluinya...

    ReplyDelete
  8. a good one :) keep up the good work...biar semua orang faham kerjaya seafarer and memahami perasaan wife seafarer :)

    ReplyDelete
  9. Persatuan pelaut Malaysia mesti mendapat sokongan dari semua pelaut (dengan harapan) supaya persatuan Pelaut tidak mudah goyang dengan asakan pihak dan syarikat2 besar.

    ReplyDelete

sangat menghargai anda yang tinggalkan tapak tangan disini

Love & Like