Riang Ria Hari Raya Bersama Aadim

Tuesday, July 19, 2016

tahun ni merupakan pengalaman pertama iqa n ikhwan sambut raya Aidilfitri bersama Muhammad Dayyin Aadim. memang tahun lepas kami ada sambut aidladha bersama tapinya ketika itu Aadim kecik sangat baru abis pantang jadi suasana nya berbeza. tambahan pula sambutan aidiladha berbeza dengan aidilfitri yang lebih meriah and superb bz. 

symptom mak-mak anak sulung ni memang kelam jugak sikit dan tak de pun gambar yang terlalu banyak. banyak pegang anak fon kelaut. tahun ni pagi raya iqa di rumah belah ikhwan dulu. kami memang tak pernah berebut balik kampung pun hehe.. rumah parent beza 3minit je. tak jauh pun hehe. cume kami bergilir turn pagi raya.

sikecik ni bangun 6.30 pagi. elok lepas makan lemang makan ayam mamu masakan opah dia sambung tido sampai 10.30. ni gambar lepas die dah bangun baru la mandi siap nak beraya ke rumah Tasek belah iqa plak. akibatnya tak de pun gambar dengan opah (ibu ikhwan) and cik at (adik ikhwan). punya lah kelam sebab dah lambat. sebab jd tradisi sebelum tengahari mesti akan sampai ke rumah tasek.



tahun Ni keluarga Normuza meriah bertambah dua orang ahli baru. menantu dan cucu. tahun lepas kami berlima je. tahun ni kami bertujuh and alhamdulillah erey (adik ipar) and ira dapat balik beraya di hari raya pertama. erey ni polis, so tahu2 jelah bukan senang dapat balik raya kan. in shaa Allah bulan 10 ni bertambah lagi seoarang ahli keluarga baru. Anak mummy and daddy.(adik iqa). as usual lokasi bergambar wajib setiap tahun, Masjid Cina Muhammadiah di Taman Tasek Jaya.

kedua-atok belah mak and belah abah sebelum meninggal memang stay dekat ipoh di kawasan perumahan. memang kami tak adelah merasa rumah kampung. kami beraya dibandar.

pengarang hati jantung limpa Atok & nenda

Aadim penyeri keluarga Normuza. anak-anak abah n mak kedua2 nya perempuan. bila lahirnya seorang putera dalam keluarga kami dialah menjadi tumpuan penyeri penggamat suasana. dapat pulak Aadim jenis yangsuper aktif memang atok and nenda rasa lain sebab jaga anak perempuan and lelaki beza katanya. belah ikhwan pulak dah ada 3 cucu dan semuanya perempuan. again kehadiran hero kecik ni menjadi suatu penantian. Aadim membawa bhagia kepada kedua-dua belah keluarga. 


untuk kami suami isteri Muhammad dayyin Aadim adalah rahmat buat kami. hadiah tidak ternilai penguat kasih antara kami. memang diakui raya dengan sikecil bersabar tu perlu tinggi sebab dalam umur aadim yang baru 11bulan ketika ni, tengah seronok explore macam-macam perkara seronok nak bermain.tapi bagi kami itulah yang menyeronokkan hari raya kami. memag ada rasa takut bila ke rumah orang bimbang aadim melasak takut tuan rumah marah walaupun saudara. bimbang dekat kan aadim dengan baby yang lain sebab aadim ni die suka berkawan cuma die suka nak sentuh and cium baby yang lain.tapiny aadim belum reti pegang die pandai mencengkam dan kuku aadim jenis tajam walaupun kukunya pendek,. bimbang tercalar anak orang lain sedangkan kami kalau kene pun pedih hehe..

tapi itu semua journey and learning process untuk aadim.. maafkan aadim ye uncle aunty kalau aadim nampak kaSar dengan anak-2 uncle aunty. itu cara aadim meluahkan rasa suka dan sayang..

bila tak dapat kerjasama dari aadim maka terhasillah gambar seperti ini. okey what sempoi kan. jadi mak bapak harus kreatif hehe



haa tengoklah ragam sikecik ni. aadim tidak dilahirkan terus ade adab sopan didada aadim adalah manusia biasa yang harus dilentur.

always anak bapak


kasi can bonda and walid dating tepek gambar couple ye.kihkih


owh tak lupa lagi satu bab, no more  OOTD untuk bonda secara sendirian and full cover gambar outfit memang payah. sebab tu lah lama dah bonda tak muncul #ootd tu. sikecik ni jeles lah tu. xpe aadim dan boleh jalan diri sendiri nanti kita #ootd sama-sama. and bonda wajib lose weight untuk sama stylo dengan aadim baru macam gf n bf hehehe



akhir kata

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN 

dari

NOR IKHWAN BIN ABD AZIZ
NURUL ATIQAH BINTI MUTAZA
MUHAMMAD DAYYIN AADIM BIN NOR IKHWAN



You Might Also Like

1 komen

  1. Slmt hari raya.. Cantiknya dondon kaler ni :)

    ReplyDelete

sangat menghargai anda yang tinggalkan tapak tangan disini

Love & Like

My Google