­
­

Makcik Pun Boleh Lose Weight taw

Friday, May 11, 2012


kisah seorang aunty

Permulaan cerita bagaimana saya sihat, mungkin perkongsian ini akan memberikan tips
yang baik untuk kengkawan diluar sana untuk menjadi lebih sihat dan bertenaga.
Memang saya seorang bekas pesakit jantung berlubang dari kecil, dik kerana saya ini
jenis tidak mudah mengalah akan kesakitan yang ditanggung sekian lama, namun selama
mana kudrat saya boleh bertahan. Akhirnya saya jatuh sakit pada 2008 dan dimasukkan
ke hospital seremban dan disahkan jantung saya semakin membahayakan diri saya dan
paru paru saya pula berair atau bengkak. Apakan daya sebulan kemudian saya dimasukkan
semula ke Pusat Rawatan Jantung Negara di Kuala Lumpur.

Ingatan saya pada 24hb November 2008 akhirnya saya selamat menjalani pembedahan
jantung saya dengan kaedah memasukkan belon/payung untuk menampal lubang pada
jantung saya yang sebesar duit lima sen. Sekian lama saya menjalani terapi dan rehat yang
berlebihan dengan di sumbat pula berbagai jenis ubat sehari perlu makan hampir 30 biji,
maka keadaan fizikal saya bertambah buruk. Saya seperti seorang yang berusia 80 an.
Solat tidak seperti biasa tetapi saya kena duduk atas kerusi, sendi saya sakit, migrine
bertambah kronik, hampir separuh badan lemah dan longlai dan tension yang amat sangat
menjadikan berat badan saya bertambah. Kesedihan demi kesedihan saya lalui dengan
sering menyatakan " kenapa saya jadi begini!. Bukankah saya sudah buat pembedahan
jantung tapi kenapa fizikal saya bertambah berat dan amat letih sangat?" begitulah saya
hari-hari meratap seorang diri dirumah.

Akhirnya bila anak bungsu saya pulang bercuti semester akhir tahun 2010, dia melihat
keadaan saya yang sangat menyedihkan, lalu anak saya memberikan saya satu produk
makanan kesihatan bernutrisi tinggi dengan kandungan 55 nutrisi dan 18 asid amino serta
mengandungi 7 warna sayuran kepada saya. Produk ini akhirnya memberikan satu
kehidupan baru bagi diri saya yang hampir terlantar sakit. selama lebih setahun kini saya
mengambil produk ini, akhirnya kesihatan saya semakin bertambah baik dan saya kini
amat ceria dan sihat, yang lebih membahagiakan saya, dulu saya tidak boleh memandu
jauh tetapi kini dengan kesihatan yang baik bukan sahaja memandu malah saya juga boleh
melakukan aktiviti senaman ringan seperti taichi dan jogging di taman berhampiran taman perumahan rumah saya, paling saya rasa sangat gembira saya juga boleh berenang dan snockling. Saya sangat bersyukur telah ditemukan dengan produk ini yang telah memberikan harapan dan semangat serta kesihatan, saya sekarang semakin baik.


You Might Also Like

0 komen

sangat menghargai anda yang tinggalkan tapak tangan disini

Love & Like