Atok 57th Birthday

Friday, February 03, 2017

Assalamualaikum, sebelum bonda celo9teh panjang..nak mintak feedback sikit boleh x? korang view blog bonda ni ada masalah tak? means widget die semua okey x? harap sudi lah bagi feedback ye. sebab ada masalah sikit.


ok cerita ni dah hampir sebulan berlalu tapi nak story biar nanti aadim boleh baca di masa hadapan. setiap tahun pada tanggal 7 Januari maka menginjaklah satu lagi tahun umur untuk abah a.k.a atok kesayangan aadim. 7 Januari 2017 genaplah usia abah 57 tahun. tahun ni meriah di sambut dengan 2 orang anak, 2 orang menantu dan dua orang cucu. makin meriah keluarga kitorang sekarang ni. makin membesar. tahun ni raya mesti fun abis hehehehe.. jeles tengok raya untuk family besar2 meriah je..

tahun ni birthday abah sambut dekat Resttoran Pakeeza Ipoh.. abah ni memang kurang bab makanan western ke steamboat2 kurang la dia..

makanan kat sini version pakistan. tapi bonda favourite nan garlic cheese
ha lupa plak yang sorang lagi tu adik erey.dia datang rumah ira n erey so die join sekali lah datang ipoh
nampak tak dua hero kecik tido dengan bahagia.
abah ni tak expect pun ktorang bagi kek. abah ingat makan2 je

dah smart dah mamat ni pandang camera tapi gambar plak shaking ayomaaaa..
kek ni dah diserahkan awal2 lagi dekat kedai. nampak cake stand dia special okeyh.
siap sebelum hidang kek die kemas dulu plate yang ktorang dinner tadi.

special kek for atok. 1 kg ice cream cake


 nampak tak ada budak bad mood sebab mamai. hahaha tak tahulah ape kes sampai nenda sakan gelak. time rambut pun tak potong lagi

nak dijadikan cerita pada malam yang sama ade 3 orang kenalan abah makan dekat sini. dan yang sorang tu pun nak sambut birthday cucunya dekat sini. maka dengan itu atok berpura-pura kononnya birthday aadim sebab atok kata die segan nak potong kek sorang-sorang hikhikhik. tahun depan atok potong kek pegang dua cucu lah ye sebab ahdaf pn dah besar time tu hehehe.

atok tak suka icing kek sebenarnya tapinya kalau ice cream cake atok suka. nampak tak tengah tu ice cream. sedappp.. murah je sekilo RM 55 je. dekat area town ipoh.



suruh nenda suap atok tak mau segan.. jadi walid jelah suap bonda hehehe

 ahdaf as usual tido jeeeeee


even mata mak tak nampak aadim buat muka x mo layan..tapi suka gambar ni nampak ceriaaa

okaylah bonda nak sambung blogwalking..daaaaa sapa nak bonda blogwalking blog dia tinggalkan link kat bawah ni ye...

You Might Also Like

0 komen

sangat menghargai anda yang tinggalkan tapak tangan disini

Love & Like

My Google