Jenayah,Jual Anak,Desakan Hidup,Minyak Naik Harga Dan KFC

Wednesday, July 01, 2015


bertuahnya kita rakyat malaysia kerana masih aman tanpa sebarang peperangan.. tapi dari segi keselamatan rompakan ragut tu semua rasanya malaysia dah tak aman pun. kalau perasan makin tinggi kos kehidupan makin tinggi kes jenayah yang berlaku. ye memang la salah individu itu sendiri mengambil jalan singkat dengan melakukan jenayah untuk meneruskan kehidupan. tapi dalam keadaan tidak waras dan terlalu terdesak macam-macam orang boleh lakukan. tapi pernah ke kita pandang ini semua?

bila tinggi kos sara hidup memang makin ramai ibu bapa yang dalam kategori miskin yang terpaksa menyerahkan anak mereka untuk dijadikan anak angkat kerana tidak berkemampuan untuk memenuhi keperluan anak tersebut.

"dah tau tak mampu jangan la beranak ramai sangat"

mudah nya kalau berkata begitu. kalau dah nama rezeki Allah alhamdulillah. tapi tahukah kalian semua ramai jugak golongan yang beranak dan akan serah kan anak kepada keluarga angkat untuk mendapatkan duit bagi menampung kos kehidupan. terkejut? tapi itu hakikatnya. kebanyakannya begitu. beri anak pada pasangan yang tidak punya zuriat dan pasangan tersebut perlu memberi sejumlah wang yang telah ditetapkan. perdagang kan anak? iqa tak berani nak comment kerana iqa tak de kat tempat keluarga tersebut

tapi bukan semua ye. masih ramai yang memang menyerahkan anak kerana betul-betul xmampu dan sedar kalau dia masih jaga anak tu kemungkinana anak tu xkemana sekolah semua tak mampu diberi. memang bagi orang untuk jaga dengan ikhlas hati.

bila orang baca statement iqa ni pasti macam-macam persepsi yang korang buat kan? iqa tulis ni berdasarkan pengalaman orang sekeliling. berenti buat persepsi. husnuzon lah. kita tak de dan tak taw ape sebenarnye keadaan ibu bapa yang sehingga terpaksa bagi anak kepada orang lain. jangan judge yang bukan-bukan sebab kita tak tahu dan kita tak merasa mungkin kalau kita ditempat mereka kita lakukan perkara yang sama.

selain itu iqa perasan zaman sekarang dah ramai juga yang tak berani nak mempunyai anak lebih dari 2@3 orang atsa dasar yang sama. terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga. bukan menolak rezeki Allah tapi sedar akan kemampuan diri. tapi tidak lah sampaui menolak rezeki kalau mengandung sanggup gugurkan. bukanlah seperti itu. cume dah ramai yang buat family planning. 

iqa yang baru nak ada anak sorang pun hakikatnya terasa jugak lah dengan keadaan ekonomi sekarang yang makin meruncing. ye memang lah bagus buat side income. kalau mampu terlarat badan ni memang dah digigihkan.. tunggulah ikhwan dapat dududk sekali nanti insyaallah akan buat bisnes balik.. buat seorang maaf memang tak termampu

shari ni 1 Julai kita terima pula berita kenaikan harga minyak..


Allah.. makin meningkat bulan makin meningkat harga. sejujurnya iqa n ikhwan agak terasa dengan kenaikan harga minyak. sebab ikhwan masih di parit buntar dan iqa di ipoh. ikhwan akan balik ke sini setiap rabu,khamis pagi balik sana dan jumaat malam akan balik untuk weekend sehinggalah isnin pagi. mungkin ada yang rasa macam membazir balik ari rabu.. tapi itulah yang die lakukan sejak iqa pregnant. memang sejak pregnant kehadiran die tu sangat diperlukan even iqa stay dengan family. senang cerita sebelum ni perjalanan pergi balik ikhwan tol n minyak mencecah RM50 sekarang ranya boleh kata kene naik sampai RM60. ye memang RM10shj. tapi tu sekali trip. dh sebulan dengan 8kali cubalah kira?

pernahkan menteri nampak keadaan rakyat die?


hanya ini yang mereka nampak. adakah menteri nak sampai Shopping mall xde pengunjung kedai-kedai fast food, kedai-kedai makan tiada lagi pelanggan baru mereka nak terima kenyataan yang rakyat terbeban dengan kenaikan minyak? 

tak pe mungkin kalian tak merasa tapi ingt kalian ada anak dan cucu. tindakan kalian ini akan effect sehingga ke generasi mereka. ketika tu jangan pula menyesal di kubur melihat anak dan cucu kalian sendiri menderita. ye kalian ada harta yang banyak untuk diwarisi tapi ingt ia milik Allah yang boleh ilang dalam sekelip mata...




You Might Also Like

1 komen

  1. menteri bijak pandai sgt cmni lah.. o g makan KFC pon bukan hari2..yg hari2 tu la minyak nak pakai g ulangalik kejer..huhh

    ReplyDelete

sangat menghargai anda yang tinggalkan tapak tangan disini

Love & Like

My Google