#IQAWANFOODLOG : MOCHI JEPUN DI IPOH

Wednesday, February 07, 2018

Assalamualaikum. lama sangat dah iqa tak menaip. rindu tu ada. bahan gambar berjela dalam fon ni ha. tapi malangnya masa tak mengizinkan. iqa dah pun selamat melahirkan putera ke2 Muhammad Dayyin Adaniy. dah pun habis cuti berpantang selamat 90 hari. ni baru hari ke3 iqa masuk ofis. nanti iqa story tentang adaniy ye. hari nak story tentang MOCHI. ye Mochi.



MOCHI
mochi ni adalah makanan tradisi negara Jepun some sort of like dessert yang diperbuat dari mochigome atau bahasa mudah tepung pulut. di Jepun Mochi ni selalunya akn dibuat ketika satu perayaan yang dinamakan Motchisuki.

Mochi bersifat kenyal liat. seperti Kuih onede-onde @ Buah melaka, tetapi tekstur nya sangat halus dan kekenyalan nya sangat mengasyikkan. kekenyalan nya seperti Kuih Habuk2. Di dalam mochi diletakkan inti dan disluarnya digriss dengan tepung. intinya terdiri dari Kacang Merah, Black Beans, Sesame dan ade beberapa lagi yang disebut oleh abang gerai tu..sory bonda sekarang pelupa hehehe

Lokasi :
Gerai di selekoh deretan kedai SenHeng Meru 
sebelah KFC Meru Ipoh

bagi bonda comel sangat kuih mochi ni ha colourful

nampak hitam tu inti dia. sedap tak manis sangat

ni gerai abang tu.

so selamat mencuba ye

You Might Also Like

0 komen

sangat menghargai anda yang tinggalkan tapak tangan disini

Love & Like

My Google