Alhamdulillah Anugerah Ilahi Ketika 3 Minggu
Wednesday, March 04, 2015
Lama iqa simpan berita ni. Actually tak la simpan mana pun
dalam post-post lepas ade je iqa cakap just cakap macam normal xde announcement
bagai. Yelah bukan retis nak announcement bagai kan. Lagipun kurang selesa la
nak buat ala-ala announcement bagai ni. Plus hubster x bagi iqa buat sebarang
macam kecoh2 selagi belum cukup 3 bulan. So now iqa nak share cara iqa taw iqa
pregnant. Bukan announcement “im pregnant” tu ye xsesuai okeyyyyhhh… ni nak
share kot2 ada yang jadi macam kes iqa sebab agak rare kes iqa ni. iqa dapat taw pregnant dalam tempoh yang agak awal tanpa lewat dari tarikh period
Alhamdulillah.. setelah 1 tahun 10 bulan menanti pada 2
Disember 2014 iqa telah disahkan hamil dalam 3 minggu ketika tu
“mak oi 3 minggu ko dah detect ko pregnant”
Memang normal la orang bagi reaksi gini (tambah sikit
propa). Ramai terkejut iqa dapat kesan pregnant pada CD26. Iqa usually period
CD30.
Ramai ingt time iqa test mesti kabur or faint line. Tapi
sebenarnya terang-menderang line tu. Mesti korang tertanya ape kes iqa boleh
dapat tahu awal kan.
Al kisahnya.
Pada period bulan November 2014. CD1 iqa pada 7November
2014.. Cuma iqa period hanya 5 hari sahaja sampai CD5 sahaj dh bersih dah lepas
tu. Pada CD10 iqa perasan iqa subur. Untuk taw cara and tengok subur tak subur
korang boleh google untuk keterangan lanjut. Tapi macam iqa, iqa dapat taw
sebab liquid Egg White tu dah kluar.
Kemudian 2hari lepas tu iqa kene bertugas di MAHA start
18nov – 1 disember 2014. Sepanjang 2 minggu lebih kat sana. Memang tidur x
berapa nak cukup. Ade time cukup ada time tak cukup. Badan letih tak yah nak
cite la kan. Tapi nasib baiklah iqa tdo hotel bilik sorang. So every weekend
hubster datang teman isteri dia yang berada di perantauan. 1st weekend hubster dtg iqa suh die tinggalkan baju yg malam tadi die pakai untuk tdo (bukan yg ade peluh xsanggup hahaha). siap peluk baju tu sampai next weekend yang die dtg. tak pernah buat perangai rindu kat hubster overdose macam ni ha..memang tak pernah langsung.
Masuk minggu ke2 MAHA jadi sakit kepala Muntah la.. cepat
weak la.. lepas tu iqa n geng lain kene buat demonstrasi nugget ikan tilapia.
Mak oi memang makin ari makin tak tahan bau ikan. And paling ketara bila makan
pekasan iqa terus pening muntah-muntah.ada time iqa penat sampai balik hotel flat abis. nasib hubster ade die yang tolong handle iqa time tu
“iqa awak pregnant kot ni”ni puan Norul bos iqa la tegur.
Actually ramai duk nyakat cakap iqa dah pregnant.Tapi iqa cakap tak kot ni mesti kes letih. Yelah dengan
tidur tak cukup duk angkat barang berat. Badan tak terjaga memang macam kita
pun tak la terfikir sangat. Makan pun pakai bedal gak. Tapi nya still avoid
Lada hitam dan Nenas. Iqa balik ipoh 1disember. Balik dengan hubster and family
in law sbb ahad 30nov adik dia konvo kt UITM.
2 Disember 2014. Iqa ambik cuti rehat dua hari. Penat kot
haruslah cutiii. Bos pun suruh cuti sebab jumaat tu kene ikut bos g Melaka
untuk event kat sana plak.. Time tengahari tu. Iqa dapat rasa macam iqa punya
pinggang bawah belah kiri tu macam sakit. Actually dah beberapa hari terasa
dah. Iqa memang pernah ade history saluran kencing ade cristal means x sempat jadi
batu lagi lah time tu. In the same time risau ade msalah dengan ovary sebab
symptoms cara sakit tu lebih kurang je kalau iqa dlu la. So tengahari tu saja
gedik menggedik try buat UPT & OPk test hehe. Gedik celup dua2. Muka
sardine je mule2 sebab mcm tak mengaharap.cek semata-mata klu –ve nak g klinik
nk cek kenapa sakit, tu je.
Sekali ambik ko sekejap je trus naik dua line. Menggigil
tangan duk tengok kt UPT & OPK. UPT makin lama makin terang. Terus nanges
takut tak taw nak buat ape. Mesti gelakkan iqa kan sebab siap nanges takut
bagai hehehe. Tapi itulah hakikatnya sebab tak pernah merasa kan. Trus msg
hubster, ecah and kak fizan. Each my bestfriend. Kak fizan ni kakak angkat.
Diorang semua sah kan iqa pregnant.sbb blur betul ke pregnant ahahah. Diorang
suh gi klinik trus sebab iqa kes2 terpencil. Kecuali hubster la die pun mabuk ayam penat
semalam lagi tak abis pagi2 tu dh gerak g parit buntar masuk keje.so die pun
blur kehkehkeh
ni la UPT strips tu. tak terang pekat sangat tapi dh cukup terang untuk usia 3minggu
Tapi tak bagitau mak abah lagi. Nak jadi kes IC dalam kereta
hubster..tertinggal. huhu. Tapi redah gak nak g Klinik. Mintak tolong Atra my
bestfriend gak tolong bawak kan.die cikgu so time cuti sekolah ni die ade.
Hubster plak dpt izin balik awal dr ofis.tapi iqa kene g dlu tunggu die jnuh
lambat. So sampai klinik Adlan, KPJ Ipoh (memang gynae iqa sejak 2008 sejak 2nd
operation). Scan tak Nampak ape melainkan Nampak dinding rahim menebal dari
yang biasa. Buat UPT mula2 tak de ape. Lepas tu slow2 die naik 2line. Hubby
sampai lepas dah scan semua.Doc bagi penerangan katanya dia akan ambik blood test. N
disebabkan iqa sakit pinggang die suspect Ectopic Pregnancy. Die bagi peratusan
70% normal pregnant 20%& Ectopic 10% not pregnant. Doc bagi surat untuk iqa
tidak dibenarkan buat sebarang aktiviti berat dan tidak dibernarkan outstation.
So memang tak jadi la pergi Melaka. Memang hati risau jalan pun slow habis dah
time tu. Kat ofis dh terkecoh sebab semua tau iqa patut pegi Melaka tapi iqa
tak pergi. Time tu mabuk sikit ade dah muntah2 sama macam 2nd week.
Doc suh datang 8hb isnin depannya.
5Disember dapat call result blood test cornfirm iqa
pregnant. Allah lega rasa. So sekarang kene tunggu isnin untuk tengok kantung
baby. Memang berdoa solat hajat mohon Allah S.W.T. letakkan kandungan iqa
ditempat yang sepatutnya. And selalu ckp dengan perut cakap “baby bonda ni
sayang, kalau baby sihat dalam ni baby
tunjukkan diri ye” hakikatnya pun memang la kantung je kan mmg x faham ape lagi
tapi lantaklah heheeh.
8Disember, hubby tak dapat temankan. Mak n ibu (my inlaw)
temankan.ibu ambik iqa n mak kat ofis. Nervous time ni jangan Tanya la kan.
Mula-mula doc tetibe kene panggil ke OT so ktorg lepak café jap sekali dpt call
doc masuk kejap untuk jumpa iqa. So iqa g sorang. Buat TVS scan macam 1st
day tu. Ble masuk je alat tu trus la Nampak kantung bambam ku sayang.lega
rasa.alhamdulillah normal pregnancy. Elok abis scan gi urine lagi mak n ibu pun
masuk bilik doc. So Alhamdulillah lah semua nya selamat time tu baby dalam
jangkaan 4minggu. That’s mean time MAHA tu dah pregnant la. Nasib la kt sana
tak jadi ape2 alhamdulillah. Tapi sebenarnya doc pun masih terkejut sebab iqa dapat
taw pregnant awal heheehe..Hormones iqa overdose hahahaah
Hubby punyalah happy sebab dpt tengok baby dia kan…
Ok lah sampai sini je dlu nanti iqa share lagi journey macam
mne kene poison food time pregnant journey alahan..memang mendugaa weeiiiii.
Cara iqa TTC pun nanti iqa share ye. mana taw serasi dengan kawan2 yang lain.. insyaallah ade ruang waktu iqa share..
alhamdulillah now baby dah menjangkau usia 17minggu kandungan
p/s : waktu menulis ni masih berjujuran air mata.. nikmat Allah tak terhingga selepas perkahwinan. Mintak dijauhkan rasa riak. iqa share semata-mata untuk berkongsi sebab taw ramai yang follow kisah iqa and ikhwan sejak kami bercinta lagi. dan macam iqa cakap kisah iqa pregnant agak rare. jadi kalau ade yang sama dengan iqa mungkin boleh dijadikan rujukan.
Doakan iqa and baby dipermudahkan proses mengandung dan bersalin. doakan kami sihat dan panjang umur. terima kasih buat kawan-kawan yang banyak doakan iqa ketika iqa masih menanti kehadiran sikecil ini dulu..
4 komen
Alhamdulillah, rezeki dari Allah Taala. Tahniah iqa n wan, semoga selamat dan dipermudahkan. Doakan jaz dan suami juga ye :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, congrats Iqa, jaga diri & kandungan :))
ReplyDelete@jazzeyra aj amin alhamdulillah terima kasih jaz.. insyaallah rezeki jaz n suami akan tiba nanti
ReplyDelete@shura shushi thanx dear.. insyaallah
ReplyDeletesangat menghargai anda yang tinggalkan tapak tangan disini