Kamu Muncul Lagi
Friday, October 10, 2014
Kamu muncul seperti selalunya
berkecai hati yang memberi harapan penuh
namun masih bersyukur semua normal sediakala
Munculnya kamu membawa berita sedih
sedih tanda bukan untuk kali ini
rezeki belum menjengah tiba
belum buat kami
Kemunculan kamu seperti selalu
membuatkan hati lemah ini menangis tanpa sedar
bukan tidak bersyukur menidakkan takdir
cuma harapan tinggi diletakkan dalam untuk kali ini
Kemunculan kamu mengejutkan
awal tak seperti sepatutnya tanpa tanda
membawa tanda bulan ini masih kosong tanpa sebarang isi
mungkin dia masih beratur di Jannah sana
Beraturlah selagi mana dia bertahan..
kerana kami disini akan terus setia sabar menanti...
0 komen
sangat menghargai anda yang tinggalkan tapak tangan disini