Resipi spaghetti bolognese ala melayu vege

Wednesday, December 12, 2012

ha ramai dah yang duk pm2 iqa tanya iqa nak resii "spaghetti bolognese ala melayu vege" tu kan.. siapa yang tak tahu apa iqa cakapkan baca dulu ENTRY ni..ok macam yang iqa janjikan semalam iqa akan update resipi tu ye...ni iqa pakai campak je ape yg ada hahaha..cume resipi ni iqa pastikan cukup carbo,protein and vitamins from sayur.dan ia nye rendah calorie..dalam 370++ calories sahaja..


Bahan-bahan
  • bawang putih (tumbuk-tumbuk sikit gune lesung batu.tak perlu cincang ataw hiris. kalau tumbuk rasa n bau die lagi best woooo)
  • bawang holland
  • spaghetti (iqa gune san remo)
  • Prego (iqa gune perisa cendawan, tapi kalau rajin buat jelah tomato puri sendiri ye)
  • Cili blender. cili kering yang direbus dan di blender (do not use cili boh k) 
  • cili padi
  • daging kisar (nak gantikan dengan ayam pun boleh)
  • sayur - kobis,sawi,carrot,bunga kobis (nak letaj sayur ape pun boleh) 
  • minyak
  • garam
Cara rebusan spaghetti

  1. rebus spaghetti bersama beberapa uslas bawang putih dan sedikit garam. ikut sesedap rasa. 
  2. ini akan menimbulkan rasa pada spaghetti. so kalau makan kosong pun still sedap.
  3. lepas dah kembang dan cukup lembut. angkat spaghetti dan masukkan ke dalam air sejuk. ini mengelakkan spaghetti melekat-lekat dan menjaga tekstur nya. 
  4. ramai menggunakan olive oil tapi iqa tak nak gune sebab nnt mcm oily..so elakkan ye.

Cara buat sos
  1. dengan sedikit minyak, tumis bawang putih dan bawang holland..iqa sarankan gune non stick kuali ye. sebab klu non stik sikit je minyak yg diperlukan.
  2. masukkan cili padi..kalau tak suke pedas tak perlu la ye
  3. Masukkan cili blender.tumis sampai terbit minyak. cili ni digunakan untuk kurangkan rasa masam. sebab ade orang yg tak suke sos masam2 kan..(ikhwan la tu orang nye hahahaha)
  4. Masukkan daging kisar
  5. kemudian cili benggala
  6. Diikuti dengan segalan sayur
  7. Masukkan sos Prego
  8. Secubit garam.
  9. Masak sehingga mendidih.

warning : pastikan anda tidak menggunakan sebarang penambah perisa seperti ajinamoto, pastis sedap dan sebagainya.. its not good for your diet and for your health.

tu je yang iqa buat..kalau tak sedap sorry..tapi iqa sukee hehehehehe.. gud luck!!

You Might Also Like

2 komen

sangat menghargai anda yang tinggalkan tapak tangan disini

Love & Like