Jenis-jenis Bunga Pahar di pasaran

Thursday, December 13, 2012

ok disebabkan mood nak kawen tu sedang membuak-buak menjadi maharaja lela di hati ku ini..eceh hehe.. so iqa nak share sikit tentang jenis-jenis bunga Pahar yang ada di pasaran or yang biasa kita gunakan...
so here we go

Bunga Dip
Bunga dip adalah anta bunga pahar yang tampak mewah disinggahsana. kerana bunga dip ni bunga nya diperbuat daripada lilin dan ini mengahsailkan kilauannya tersendiri. dan prosesnya agak remeh. berikutan dengan itu jarang orang sanggup mengambil tempahan membuat bunga ini. Bunga ini tahan lama dan sememangnya cantik. bagi mereka yang suke konsep tradisional dan klasik, bung telur berasaskan bung dip boleh dijadikan pilihan. motif bunga lily, bunga raya, handregea dan ros adalah antara motif bunga yang selalu digunakan dalam pembikinan bunga dip. Bunga dip dikategorikan sebagai bunga telur eksklusif.




Bunga stokin
Bunga stokin seakan-akan bunga dip dari segi motif dan rupa bentuk. namun berbeza dari segi tekstur dan material. Menggunakan kain seakan material stokin wanita. kain terseut agak nipis. proses pembuatannya tidak seremeh bunga dip..ianya lebih mudah dan jika kene pada gayanya ia akan tampak mewah disinggahsana



 

Bunga Tisu @ crepe papper
Bunga tisu antara bunga pahar yang agak popular zaman sekarang. ianya tampak gebu dan comel. bunga tisu sangat sesuai diaplikasi bersama konsep dan penataan bertemakan English Wedding mahupun modern kontemperori. bagi pengantin yang mempunyai kelapangan and boleh DIY sahaja bunga tisu ini. kerana proses pembuatannya agak mudah dan kosnya rendah. malah material yang diperlukan mudah didapati. Motif yang selalu digunakan adalah motif bunga carnation dan bunga kekwa




Bunga paha kristal
menggunakan asas manik, dicamtukan menjadi jambangan bunga untuk membentuk bunga paha yang sangat indah. ia kelihatan berkilau di bawah lampu.bunga ini selalunya menggunakan motif bunga daisy dan bunga-bunga kecil


 
Bunga pahar foam dan felt
ini adalah design baru berikutan kraf tangan felt dan foam semakin diterima masyarakat. bunga telur jenis ini selalunya digunakan untuk majlis cukul jambur dan akikah. ianya kelihatan comel. kos pembuatannya agak murah kerana pasaran felt dan foam kini meluas




so samai sini saja sharing iqa tentang jenis-jenis bunga pahar yang ada..hope dis sharing will help u guys to choose your perfect bunga pahar..gud luck and selamat pengantin baru


You Might Also Like

2 komen

sangat menghargai anda yang tinggalkan tapak tangan disini

Love & Like

My Google