- Thursday, December 15, 2016
- 0 Comments
tahun ni merupakan pengalaman pertama iqa n ikhwan sambut raya Aidilfitri bersama Muhammad Dayyin Aadim. memang tahun lepas kami ada sambut aidladha bersama tapinya ketika itu Aadim kecik sangat baru abis pantang jadi suasana nya berbeza. tambahan pula sambutan aidiladha berbeza dengan aidilfitri yang lebih meriah and superb bz.
symptom mak-mak anak sulung ni memang kelam jugak sikit dan tak de pun gambar yang terlalu banyak. banyak pegang anak fon kelaut. tahun ni pagi raya iqa di rumah belah ikhwan dulu. kami memang tak pernah berebut balik kampung pun hehe.. rumah parent beza 3minit je. tak jauh pun hehe. cume kami bergilir turn pagi raya.
sikecik ni bangun 6.30 pagi. elok lepas makan lemang makan ayam mamu masakan opah dia sambung tido sampai 10.30. ni gambar lepas die dah bangun baru la mandi siap nak beraya ke rumah Tasek belah iqa plak. akibatnya tak de pun gambar dengan opah (ibu ikhwan) and cik at (adik ikhwan). punya lah kelam sebab dah lambat. sebab jd tradisi sebelum tengahari mesti akan sampai ke rumah tasek.
tahun Ni keluarga Normuza meriah bertambah dua orang ahli baru. menantu dan cucu. tahun lepas kami berlima je. tahun ni kami bertujuh and alhamdulillah erey (adik ipar) and ira dapat balik beraya di hari raya pertama. erey ni polis, so tahu2 jelah bukan senang dapat balik raya kan. in shaa Allah bulan 10 ni bertambah lagi seoarang ahli keluarga baru. Anak mummy and daddy.(adik iqa). as usual lokasi bergambar wajib setiap tahun, Masjid Cina Muhammadiah di Taman Tasek Jaya.
kedua-atok belah mak and belah abah sebelum meninggal memang stay dekat ipoh di kawasan perumahan. memang kami tak adelah merasa rumah kampung. kami beraya dibandar.
pengarang hati jantung limpa Atok & nenda
Aadim penyeri keluarga Normuza. anak-anak abah n mak kedua2 nya perempuan. bila lahirnya seorang putera dalam keluarga kami dialah menjadi tumpuan penyeri penggamat suasana. dapat pulak Aadim jenis yangsuper aktif memang atok and nenda rasa lain sebab jaga anak perempuan and lelaki beza katanya. belah ikhwan pulak dah ada 3 cucu dan semuanya perempuan. again kehadiran hero kecik ni menjadi suatu penantian. Aadim membawa bhagia kepada kedua-dua belah keluarga.
untuk kami suami isteri Muhammad dayyin Aadim adalah rahmat buat kami. hadiah tidak ternilai penguat kasih antara kami. memang diakui raya dengan sikecil bersabar tu perlu tinggi sebab dalam umur aadim yang baru 11bulan ketika ni, tengah seronok explore macam-macam perkara seronok nak bermain.tapi bagi kami itulah yang menyeronokkan hari raya kami. memag ada rasa takut bila ke rumah orang bimbang aadim melasak takut tuan rumah marah walaupun saudara. bimbang dekat kan aadim dengan baby yang lain sebab aadim ni die suka berkawan cuma die suka nak sentuh and cium baby yang lain.tapiny aadim belum reti pegang die pandai mencengkam dan kuku aadim jenis tajam walaupun kukunya pendek,. bimbang tercalar anak orang lain sedangkan kami kalau kene pun pedih hehe..
tapi itu semua journey and learning process untuk aadim.. maafkan aadim ye uncle aunty kalau aadim nampak kaSar dengan anak-2 uncle aunty. itu cara aadim meluahkan rasa suka dan sayang..
bila tak dapat kerjasama dari aadim maka terhasillah gambar seperti ini. okey what sempoi kan. jadi mak bapak harus kreatif hehe
haa tengoklah ragam sikecik ni. aadim tidak dilahirkan terus ade adab sopan didada aadim adalah manusia biasa yang harus dilentur.
always anak bapak
kasi can bonda and walid dating tepek gambar couple ye.kihkih
owh tak lupa lagi satu bab, no more OOTD untuk bonda secara sendirian and full cover gambar outfit memang payah. sebab tu lah lama dah bonda tak muncul #ootd tu. sikecik ni jeles lah tu. xpe aadim dan boleh jalan diri sendiri nanti kita #ootd sama-sama. and bonda wajib lose weight untuk sama stylo dengan aadim baru macam gf n bf hehehe
akhir kata
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
dari
NOR IKHWAN BIN ABD AZIZ
NURUL ATIQAH BINTI MUTAZA
MUHAMMAD DAYYIN AADIM BIN NOR IKHWAN
- Tuesday, July 19, 2016
- 1 Comments
assalamualaikum..
iqa pun tak taw lah korang ni dapat baca ke tidak blog iqa. and lagi pelik iqa pun tak taw kenapa blog iq tak keluar dalam blog feed. nanges pun ada. adoilah. nak upah blog designer idak mampu.. sebab awak ni blogger suam-suam kuku suam lagi maggie hikhik tak de kene mengena haha..
as ussual setiap tahun tiba anniversary iqa & ikhwan, ikhwan akan bawak pergi holiday. but this year sangat special sebab kitorg tak jalan berdua je. kitorang dah ber3 yeayyy.. heheh this year still sama tempat dengan last Batu Feringghi cuma beza hotel je. Tahun ni ktorang stay dekat Bayview Hotel.
nampak tak aadim muka geram nak rampas camera dari bonda
aadim suka jalan. memang tiap minggu die tahu dia akan berjalan. memang tak lekat ruma kalau weekend. dia happy je bila dapat berjalan
paling die suka tido dalam kereta. my sleeping handsome baby
ihsan google. xdan ambik gambor kalut dengan aadim
abam sado
sesungguhnya tak banyak gambar diambil kerana tak dan la kome wei dengan si kecik ni ha. gambar keseulurhan dengan balconi pun nan ado. bilik kitorang mengadapa Hills n Beach. partial C room kalau tak salah categories die.
nanti sambung bab swimming pool ekh daaaaaa
- Friday, February 19, 2016
- 0 Comments
lama dah niat nak shai adalah entry yang lama dah niat nak share dengan semua readers esp untuk kawan-kawan yang sedang TTC..kebetulan ramai yang bertanya ape yang iqa buat untuk iqa pregnant renetantan dari post Anugerah Ilahi tu tu yang iqa cube share dekat sini.. rasanya ramai yang tahu iqaand ikhwan bukanlah pasangan yang bertuah cepat rezekinya dari aspek zuriat. Allah beri rezeki lain dahulu sebelum Allah berikan zuriat kepada kami. itu pun masih lagi dalam kandungan.
iqa mendapat berita iqa pregnant setelah perkahwinan kami hampir mencecah 1 tahun 10bulan. korang boleh baca kat sini Anugerah Ilahi
pada tahun pertama perkahwinan..kami relax je.. cuba usaha sendiri-sendiri je.mrrang jadi sangat acam wat lex wat peace je. xdela beria TTC sangat. tapi bile dah nak masuk setahun pun kami masih belum tiba rezekinya ketika itulah kitorang jadi sangat serius and fokus untuk dapat baby. antara yang pernah iqa and ikhwan usahakan dari januari 2014:
- Berurut - ni memang langkah pertama iqa buat. naikkan peranakan. buang angin di area peranakan. iqa pernah berurut pada dua bidan berbeza.
- Honeymoon- sempena 2nd anniversary kitorang decide pergi honeymoon spend time together. sanggupla gi book hotel mahal demi nak mendapat suasana tenang.. plus memang kitorang nak buat tradisi setiap kali anniversary ada rezeki memang nak gi holiday.kami ke sabah (belum pernah story lagi hehehe)
- Gynae - untuk yang memang tahu korang tahukan iqa memang ada satu ovari je kan. doc bagi iqa Clomid, Progynova dan Dusphaton.
- Rawatan Islam - yang ni ada jugak kitorg cube jumpe ustaz2.
- Minuman Herba - ni iqa ambik husband and wife
seriusly yang paling iqa tak tahan antara semua yang iqa dah buat ni adalah makan hormones pills tu. lain orang lain kesan dia. but apa jadi kat iqa iqa kene depression yang agak critical. yes seriously critical. sampai memang husband suruh stop and try 1 cycle je.. no more after that.
memang bukan rezeki kami.. tapi Allah beri rezeki iqa kerja dlu. bila dah kerja sau sebab iqa di lagi agak risau sebab kami PJJ. ikhwan dekat parit buntar dan iqa dekat ipoh.. memang payah la sikit kan.
keadaan agak terkekan atas beberapa sebab yang iqa xboleh ceritakan. cume apa iqa boleh cakap akibatkan satu keadaan dari TTC yang kami usahakan benda tu sangat menakutkan.. even until now.. ikhwan suruh stop semua TTC ni.. die suruh iqa relax buat yang basic-basic je. back to nature. buat yang sunnah..yes memang iqa lebih tenang lepas iqa redha kan hati terima hakikat and tak terlalu menekan diri sendiri untuk TTC yang berat2.. so iqa buat benda-benda ni sehingga pregnant..iqa buat constantly dalam 3bulan macam tu
ni lah yang memang iqa consistent buat..
Cara Cek Kesuburan
bab ni.. iqa pernah guna OPK untuk cek kesuburan dan iqa juga ada menggunakan Woman Calender dekat phone.
OPK - seriusly iqa susah sangat nak follow sebab iqa sangat susah untuk tahan dari minum 3jam. iqa haus sangat. untuk korang yang try OPK boleh try google..iqa memang kurang expert.
Woman calender - memang iqa follow saampai terover follow.
lepas tu bile iqa banyakkan membaca baru iqa sedar yang tak leh la nak follow sangat. kita kene tahu diri sendiri bile kita subur.sebab iqa peiod 3-5hari jeeeee..jadi mcm pelik sikit
Tanda-tanda subur yang iqa sendiri alami :
- Keluar Egg White : korang boleh google gambar die iqa segan nak letak sini
- Senak dekat ari-ari @ die bawah perut
- rasa keinginan untuk bersama itu lebih tinggi.
iqa alami tanda-tanda ni pada day10 (time bulan iqa conceive tu) so actually ade orang ovulate cepat ade lambat kita sendiri kene tahu diri kita sendiri. bila nampak and rasa je semua ni iqa usaha je dengan husband. untuk PJJ memang ade time yg korang akn terlepas. ktorang pun ade. penat ke tak ke ktorang just try.
iqa share ni agak bertapis tak sesuai la public sangat. kalau ade yang nak tanya dengan lebih lanjut boleh msg PM iqa kat FB.. insyaallah ade sesuatu iqa nak share...mana taw ada kwn2 kat sini yang serasi dengan cara ni.. iqa ssekadar berkongsi.. dan ramai lagi sebenarnya orang lebih berpengalaman.. iqa setakat ciput je..so yang mana baik korang manfaatkan lah ye..take care
- Monday, June 29, 2015
- 0 Comments
moshi moshi.. now iqa dah masuk 22 weeks of pregnancy. yes im getting bigger huhuhu.. dalam pantang nanti kita kurus balik ekh.. makin lama pregnant makin nak dekat bersalin sebenarnya hati makin risau.. ikhwan masih lagi kerja jauh. kami masih PJJ. memang la tak jauh mana takat 1jam setngah-2jam je kan.. tapi tol minyak dekat rm50 gak weii.. so takkan mungkin la nak berulang tiap hari. berulang ari rabu n weekend pun dah cukup terasa ini kan hari-hari.
surat mohon pertukaran semua dah dihantar termasuklah pengarah dia nak surat gynae pun semua dah bagi. rezeki je masih on the way. hari ni pergi keje dia anta siap brekfast sekali dulu. ala kalau dia keje sini pun belum tentu dia dapat anta gi keje sebabnya ofis die macam tak sehaluan jugak lah. dapat tukar balik sini pun jadilah. tengah sarat tunggu hari nanti buatnya sakit nak bersalin time tu ikhwan kat parit buntar tak kan nak tunggu dia balik kakn. and nakla time bersalin die teman tak nak sorang-sorang.. and tak kanla nak tahan baby tak nak bagi keluar sebab nak tunggu walid dia balik.. kalau dekat tak pe la huhuhuhu
dah bersalin nanti sian anak jauh dari walid. dan aku pun nervous nak handle anak sorang-sorang tanpa suami.seriusly ikhwan lagi pandai handle baby dari aku. even duk dengan parent pun tak kan la malam-malam nak gerak mak bangun sekali plak kan. ikhwan insyaallah boleh tolerate nak bangun malam. senang die duk sekali jimat belanja minyak sewa rumah segala. memang kalau die pindah sini pun kami akan sewa rumah tapinya atleast minyak tak banyak pakai dengan tol.
anak pun terurus. terutama kerja iqa yang sering balik lewat sebab outstation. keluar pun ada kalanya sebelum subuh dah keluar. kesian kat anak nanti. kalau ada walid dia senang la sikit. tolonglah doakan ikhwan dapat bertukar ke ipoh ye kawan-kawan
surat mohon pertukaran semua dah dihantar termasuklah pengarah dia nak surat gynae pun semua dah bagi. rezeki je masih on the way. hari ni pergi keje dia anta siap brekfast sekali dulu. ala kalau dia keje sini pun belum tentu dia dapat anta gi keje sebabnya ofis die macam tak sehaluan jugak lah. dapat tukar balik sini pun jadilah. tengah sarat tunggu hari nanti buatnya sakit nak bersalin time tu ikhwan kat parit buntar tak kan nak tunggu dia balik kakn. and nakla time bersalin die teman tak nak sorang-sorang.. and tak kanla nak tahan baby tak nak bagi keluar sebab nak tunggu walid dia balik.. kalau dekat tak pe la huhuhuhu
dah bersalin nanti sian anak jauh dari walid. dan aku pun nervous nak handle anak sorang-sorang tanpa suami.seriusly ikhwan lagi pandai handle baby dari aku. even duk dengan parent pun tak kan la malam-malam nak gerak mak bangun sekali plak kan. ikhwan insyaallah boleh tolerate nak bangun malam. senang die duk sekali jimat belanja minyak sewa rumah segala. memang kalau die pindah sini pun kami akan sewa rumah tapinya atleast minyak tak banyak pakai dengan tol.
anak pun terurus. terutama kerja iqa yang sering balik lewat sebab outstation. keluar pun ada kalanya sebelum subuh dah keluar. kesian kat anak nanti. kalau ada walid dia senang la sikit. tolonglah doakan ikhwan dapat bertukar ke ipoh ye kawan-kawan
ni saja gedik nak OOTD.
babybump tak nampak sangat sebab pakai jubah hitam.
bie.walid
cinta and baby sangat mengharapkan bie sentiasa ada dengn kami setiap hari dan waktu
we love u so much
breakfast together-gether
banyak nya mak buyung makan huhuh
harap sebelum bersalin bie dah ada dengan kami..
impian bonda and baby
- Friday, April 10, 2015
- 0 Comments
Lama iqa simpan berita ni. Actually tak la simpan mana pun
dalam post-post lepas ade je iqa cakap just cakap macam normal xde announcement
bagai. Yelah bukan retis nak announcement bagai kan. Lagipun kurang selesa la
nak buat ala-ala announcement bagai ni. Plus hubster x bagi iqa buat sebarang
macam kecoh2 selagi belum cukup 3 bulan. So now iqa nak share cara iqa taw iqa
pregnant. Bukan announcement “im pregnant” tu ye xsesuai okeyyyyhhh… ni nak
share kot2 ada yang jadi macam kes iqa sebab agak rare kes iqa ni. iqa dapat taw pregnant dalam tempoh yang agak awal tanpa lewat dari tarikh period
Alhamdulillah.. setelah 1 tahun 10 bulan menanti pada 2
Disember 2014 iqa telah disahkan hamil dalam 3 minggu ketika tu
“mak oi 3 minggu ko dah detect ko pregnant”
Memang normal la orang bagi reaksi gini (tambah sikit
propa). Ramai terkejut iqa dapat kesan pregnant pada CD26. Iqa usually period
CD30.
Ramai ingt time iqa test mesti kabur or faint line. Tapi
sebenarnya terang-menderang line tu. Mesti korang tertanya ape kes iqa boleh
dapat tahu awal kan.
Al kisahnya.
Pada period bulan November 2014. CD1 iqa pada 7November
2014.. Cuma iqa period hanya 5 hari sahaja sampai CD5 sahaj dh bersih dah lepas
tu. Pada CD10 iqa perasan iqa subur. Untuk taw cara and tengok subur tak subur
korang boleh google untuk keterangan lanjut. Tapi macam iqa, iqa dapat taw
sebab liquid Egg White tu dah kluar.
Kemudian 2hari lepas tu iqa kene bertugas di MAHA start
18nov – 1 disember 2014. Sepanjang 2 minggu lebih kat sana. Memang tidur x
berapa nak cukup. Ade time cukup ada time tak cukup. Badan letih tak yah nak
cite la kan. Tapi nasib baiklah iqa tdo hotel bilik sorang. So every weekend
hubster datang teman isteri dia yang berada di perantauan. 1st weekend hubster dtg iqa suh die tinggalkan baju yg malam tadi die pakai untuk tdo (bukan yg ade peluh xsanggup hahaha). siap peluk baju tu sampai next weekend yang die dtg. tak pernah buat perangai rindu kat hubster overdose macam ni ha..memang tak pernah langsung.
Masuk minggu ke2 MAHA jadi sakit kepala Muntah la.. cepat
weak la.. lepas tu iqa n geng lain kene buat demonstrasi nugget ikan tilapia.
Mak oi memang makin ari makin tak tahan bau ikan. And paling ketara bila makan
pekasan iqa terus pening muntah-muntah.ada time iqa penat sampai balik hotel flat abis. nasib hubster ade die yang tolong handle iqa time tu
“iqa awak pregnant kot ni”ni puan Norul bos iqa la tegur.
Actually ramai duk nyakat cakap iqa dah pregnant.Tapi iqa cakap tak kot ni mesti kes letih. Yelah dengan
tidur tak cukup duk angkat barang berat. Badan tak terjaga memang macam kita
pun tak la terfikir sangat. Makan pun pakai bedal gak. Tapi nya still avoid
Lada hitam dan Nenas. Iqa balik ipoh 1disember. Balik dengan hubster and family
in law sbb ahad 30nov adik dia konvo kt UITM.
2 Disember 2014. Iqa ambik cuti rehat dua hari. Penat kot
haruslah cutiii. Bos pun suruh cuti sebab jumaat tu kene ikut bos g Melaka
untuk event kat sana plak.. Time tengahari tu. Iqa dapat rasa macam iqa punya
pinggang bawah belah kiri tu macam sakit. Actually dah beberapa hari terasa
dah. Iqa memang pernah ade history saluran kencing ade cristal means x sempat jadi
batu lagi lah time tu. In the same time risau ade msalah dengan ovary sebab
symptoms cara sakit tu lebih kurang je kalau iqa dlu la. So tengahari tu saja
gedik menggedik try buat UPT & OPk test hehe. Gedik celup dua2. Muka
sardine je mule2 sebab mcm tak mengaharap.cek semata-mata klu –ve nak g klinik
nk cek kenapa sakit, tu je.
Sekali ambik ko sekejap je trus naik dua line. Menggigil
tangan duk tengok kt UPT & OPK. UPT makin lama makin terang. Terus nanges
takut tak taw nak buat ape. Mesti gelakkan iqa kan sebab siap nanges takut
bagai hehehe. Tapi itulah hakikatnya sebab tak pernah merasa kan. Trus msg
hubster, ecah and kak fizan. Each my bestfriend. Kak fizan ni kakak angkat.
Diorang semua sah kan iqa pregnant.sbb blur betul ke pregnant ahahah. Diorang
suh gi klinik trus sebab iqa kes2 terpencil. Kecuali hubster la die pun mabuk ayam penat
semalam lagi tak abis pagi2 tu dh gerak g parit buntar masuk keje.so die pun
blur kehkehkeh
ni la UPT strips tu. tak terang pekat sangat tapi dh cukup terang untuk usia 3minggu
Tapi tak bagitau mak abah lagi. Nak jadi kes IC dalam kereta
hubster..tertinggal. huhu. Tapi redah gak nak g Klinik. Mintak tolong Atra my
bestfriend gak tolong bawak kan.die cikgu so time cuti sekolah ni die ade.
Hubster plak dpt izin balik awal dr ofis.tapi iqa kene g dlu tunggu die jnuh
lambat. So sampai klinik Adlan, KPJ Ipoh (memang gynae iqa sejak 2008 sejak 2nd
operation). Scan tak Nampak ape melainkan Nampak dinding rahim menebal dari
yang biasa. Buat UPT mula2 tak de ape. Lepas tu slow2 die naik 2line. Hubby
sampai lepas dah scan semua.Doc bagi penerangan katanya dia akan ambik blood test. N
disebabkan iqa sakit pinggang die suspect Ectopic Pregnancy. Die bagi peratusan
70% normal pregnant 20%& Ectopic 10% not pregnant. Doc bagi surat untuk iqa
tidak dibenarkan buat sebarang aktiviti berat dan tidak dibernarkan outstation.
So memang tak jadi la pergi Melaka. Memang hati risau jalan pun slow habis dah
time tu. Kat ofis dh terkecoh sebab semua tau iqa patut pegi Melaka tapi iqa
tak pergi. Time tu mabuk sikit ade dah muntah2 sama macam 2nd week.
Doc suh datang 8hb isnin depannya.
5Disember dapat call result blood test cornfirm iqa
pregnant. Allah lega rasa. So sekarang kene tunggu isnin untuk tengok kantung
baby. Memang berdoa solat hajat mohon Allah S.W.T. letakkan kandungan iqa
ditempat yang sepatutnya. And selalu ckp dengan perut cakap “baby bonda ni
sayang, kalau baby sihat dalam ni baby
tunjukkan diri ye” hakikatnya pun memang la kantung je kan mmg x faham ape lagi
tapi lantaklah heheeh.
8Disember, hubby tak dapat temankan. Mak n ibu (my inlaw)
temankan.ibu ambik iqa n mak kat ofis. Nervous time ni jangan Tanya la kan.
Mula-mula doc tetibe kene panggil ke OT so ktorg lepak café jap sekali dpt call
doc masuk kejap untuk jumpa iqa. So iqa g sorang. Buat TVS scan macam 1st
day tu. Ble masuk je alat tu trus la Nampak kantung bambam ku sayang.lega
rasa.alhamdulillah normal pregnancy. Elok abis scan gi urine lagi mak n ibu pun
masuk bilik doc. So Alhamdulillah lah semua nya selamat time tu baby dalam
jangkaan 4minggu. That’s mean time MAHA tu dah pregnant la. Nasib la kt sana
tak jadi ape2 alhamdulillah. Tapi sebenarnya doc pun masih terkejut sebab iqa dapat
taw pregnant awal heheehe..Hormones iqa overdose hahahaah
Hubby punyalah happy sebab dpt tengok baby dia kan…
Ok lah sampai sini je dlu nanti iqa share lagi journey macam
mne kene poison food time pregnant journey alahan..memang mendugaa weeiiiii.
Cara iqa TTC pun nanti iqa share ye. mana taw serasi dengan kawan2 yang lain.. insyaallah ade ruang waktu iqa share..
alhamdulillah now baby dah menjangkau usia 17minggu kandungan
p/s : waktu menulis ni masih berjujuran air mata.. nikmat Allah tak terhingga selepas perkahwinan. Mintak dijauhkan rasa riak. iqa share semata-mata untuk berkongsi sebab taw ramai yang follow kisah iqa and ikhwan sejak kami bercinta lagi. dan macam iqa cakap kisah iqa pregnant agak rare. jadi kalau ade yang sama dengan iqa mungkin boleh dijadikan rujukan.
Doakan iqa and baby dipermudahkan proses mengandung dan bersalin. doakan kami sihat dan panjang umur. terima kasih buat kawan-kawan yang banyak doakan iqa ketika iqa masih menanti kehadiran sikecil ini dulu..
- Wednesday, March 04, 2015
- 4 Comments
Memamng trademark aku sekarang untuk update sebulan sekali kot. balik rumah leparja seriusly letih. jangan harap lah nak iqa mengadap lappy lagi. even kadang-kadang otak penuh idea nak tulis ape tapi disebabkan mata dah tak mampu nak bukak so lupakan jelah hasrat murni tu kan.. standard la kan.
kalini iqa update entry yang mungkin akan mendatangkan kejengkelan kepada sesetengah pihak.. tapi entry ni sebenarnya khas untuk anak kami untuk die baca dimasa hadapan. **nope upt belum double line
29 Zuhijjah bersamaan 24 Oktober.. adalah harijadi iqa mengikut kalender islam.. yes iqa lebih appreciate tarikh ni berbanding 12 Ogos.. but selalunya tak de ape pun..xde sebarang celebration pun.. but this year something different..
balik dari ofis tengok ikhwan dah sampai depan rumah.as ussual my hubby memang suka suprise2 stuffs mcm ni.. selalu patut balik sampai dalam 8-9 malam. rupanya dia ada keje dekat ipoh.oklah... masuk nak dekat maghrib.. die wish birthday and iqa rasa macam die ada hadiah..yes 100 marks for me!! tepat sekali...
"Before bie bagi hadiah. janji jangan tanya ape-ape. jangan tanya satu ape pun"
"ok janji "
and bile bukak..it was something unexpected..seriously xpernah terfikir ikhwan akan bagi ni,,,
macam iqa cakap iqa tak jangka.. of course iqa terkejut bila tengok makhluk ini yang berada di dalam kotak..
Whats this??
Bie jangkakan sayang sudah selamat melahirkan anak time ni..bie kumpul for 10months..actually ni hadiah sayang bersalin..but now hadiah tanda penghargaan cinta dah berusaha macam-macam untuk pregnant.
KELU = NANGIS
ada orang happy dapat makan makanan favourite dia
for hubster
Extra Hot Peri-peri for him.. memang tak termasuk tekak la klu iqa extra hot

alhamdulillah rezeki dari Allah.. patutlah dia dah pesan awal jangan tanya ape-ape..tapi dah namanya Atiqah Mutaza. mesti aku tanya jgk hahaha.. tp tak tanya banyak.. sebab aku taw betapa payah nya dia nak dapatkan ini untuk aku..
the next day..
its time to celebrate birthday!!!!
kalini biar bithday girl yang belanja.terbalik sikit
lets NANDOS!!
tempat favourite sejak dahulu kala.zaman bujang
Extra Hot Peri-peri for him.. memang tak termasuk tekak la klu iqa extra hot
for me
jangan terpedaya..iqa xsuke leond herbs.. actually diorang salah letak tag.. its actually Hot Peri-peri
disebabkan iqa ambik side dish garlic so add up this yummy mushroom soup..and ni 1st time try mushroom soup.. seriously superb..bestt..xrasa MSG tu yg penting
hahaa happy lil hubby
iqa orang melayu and kurang pakar makan pakai pisau.makan pakai tangan jugak superb. ni control je lebih weeeheee
untuk pengetahuan ni adalah extra chicken ye.. aman lah agaknya bie sumbat makanan tu???
cube makan jagung dengan gaya paling sopan . fail still comot. nasib suami tak malu makan dengan isteri comot.
hahaa happy lil hubby
iqa orang melayu and kurang pakar makan pakai pisau.makan pakai tangan jugak superb. ni control je lebih weeeheee
untuk pengetahuan ni adalah extra chicken ye.. aman lah agaknya bie sumbat makanan tu???
cube makan jagung dengan gaya paling sopan . fail still comot. nasib suami tak malu makan dengan isteri comot.
memang makan adalah hobi dan agenda utama setiap kali keluar.. kenyang perut hati pun manyak senang..
by the way...
dear my hubster,
thanx for the suprise,
thank u so much for everthing
terutamanya cinta awak
bukan harga hadiah ini yang membuatkan saya menangis
tapi penghargaan yang saya tak jangka
membuatkan saya terdiam
tidak menjangka usaha itu diharga sehingga ke tahap ini
kita sedar keadaan kita
jujur tak pernah jangka ini yang akan awak hadiahkan
terima kasih
bukan harga hadiah ini yang membuatkan saya menangis
tapi penghargaan yang saya tak jangka
membuatkan saya terdiam
tidak menjangka usaha itu diharga sehingga ke tahap ini
kita sedar keadaan kita
jujur tak pernah jangka ini yang akan awak hadiahkan
terima kasih
i love u
kepada our next generation
nilah kehidupan kami sebelum adanya kamu
kami setia menunggu disini
menanti kamu
- Monday, November 10, 2014
- 0 Comments
malam ni rasa penat yang amat sangat. bangun tido pagi tadi sampai rasa letih melampau sangat. memang rasa berat nak bangun. tak tau lah kenapa badan macam ni. sedangkan semalam and arini kat ofis tak la bz mana pun. mungkin kesan denggi tak abis lagi kot kan. esok travel ke MAEPS Serdang meeting untuk MAHA. memang muka iqa ni muka meeting.
malam ni gerhana bulan kan. 8 oktober 2014. iqa ikut kan teringin nak tengok tapi badan memang tak larat nak keluar. ni pun sambil type mata kuyu. tapi dah perasaan berkobar tu over limit. gagah la menaip. yes im addicted. sekarang dah start buat blog walking ari2. tunggu la lepas ni sure update pun ari2. korang jangan muntah dah laa..
gerhana adalah waktu yang sering buat iqa excited waktu kecik-kecikdulu..indah nya menjadi kanak-kanak. tak perlu pikir terlalu banyak persoalan. dalam dunia sendiri hidup dalam imiginasi tanpa ada rasa bersalah. tapi malam ni memang tak mampu. terpaksa melayan keletihan yang bermaharaja lela.. practice mungkin untuk jadi ibu ketika mengandung. yang pasti badan lagi mudah letih.
meengandung? doakanlah yang terbaik. semuanya belum pasti. yang pasti malam ni gerhana . klu gerhana apa yang sebaiknya umat islam lakukan? solat sunat. even dah lewat dah tapi share jelah ye. boleh jadi panduan di hari mendatang.
bagi yang tak pasti caranya boleh la follow ni ye. maaf mata tak leh nak bukak dah...mau tidor dulu...bye.
#penantianbonda
- Wednesday, October 08, 2014
- 1 Comments
after a long silence macam biasalah kan atiqah mutaza kalau tak diam menyepi tak sahkan.. dah dua bulan lebih kerja.. tapi memang kerja agak non stop dengan all those programme and etc..but now Allah sedang bagi rehat..
selepas 3tahun xmasuk ward xkene cucuk drip now Allah bg iqa rehat..iqa kene Denggi. dah 5 hari iqa dalam ward. dan genap seminggu iqa sakit
alkisahnya pada 21 September 2014, iqa gi kursus Program Transformasi Minda or dulu-dulu lebiih dikenali sebagai Kursus Induksi dekat Hotel Puta Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. start kursus 22 september. everything ok sampai la masuk hari kedua, selasa malam. petang selasa ade riadah,aerobik. malam tu rasa badan lain macam rasa sakit kepala nak demam semua ada. so malam makan la panadol. budget macam mungkin badan agak terkejut sebab dah lama x bersenam dengan jayanya

anis. mas. iqa.
muka excited nak aerobic
(gambar dr instagram tu yg jadi jauh no ni)
but what comes to worse, rabu masih demam dan mula dah muntah-muntah. time kelas memang mintak panadol dari urusetia. memang kelaut la iqa tido time ceramah. atlast tak tahan sangat tengah malam tu ajak Mas n Anis teman gi hospital pusrawi. sebelah tu je 1minit je jalan dah sampai. memang badan shaking tak hingat punya lah. cek suhu 39c. dengan heart beatlaju dari normal. doc nak tahan masuk ward tapi xboleh aku kursus karang tak pasal kene repeat. dapat ubat semua dalam total RM50++ (oklah tak mahal untuk hospital yang mcm tu) balik makan ubat tido.
esok pagi khamis tu bangun tengok mata macam gatal-gatal. n badan still sama panas muntah makan memang langsung tak lalu minum air tak lalu. memang gilossss..sebab perut lapar tapi xlalu makan memang kebulur la wei.
ni lah aku dalam kelas kursus..dengan stokin duduk sit paling belakang tepi sebab nak elak aircond..tapi yelah organizer semua taw so xde masalah sangatlah
sesi kelas pagi aku pergi petang aku dah xpergi memang teruk sangat time tu. mata dah bengkak teruk. last nya malam tu aku pergi lagi ke pusrawi. doc nak ambik ujian darah tapi aku menolak sebab result agak lambat lagi pn esok dah nak balik ipoh.. so aku just mintak ubat gastrik and doctor suruh stop ubat sakit sendi. tapi malam tu gigih gak lah aku stay dekat kelas tolong group member cari idea untuk presentation esok.yelah mcm tak bertanggungjawab plak kalau langsung tak ambik tau.
bangun jumaat pagi ambik kooo telinga gajah dah ujud dah..merah bengkak gatal jangan cakaplah..pagi tu gigihkan badan jawab exam buat presentation. exam buat laju giler trus naik ats kemas barang sebab memang malam sebelum tu xlarat nak kemas langsung.. baring sementara tunggu majlis penutup. abah pun datang cepat ambik ktorg. nasib baiklah. tengahri memang aku tak makan. aku tunggu kat lobby je.
sampai ipoh abah drop aku kat umah sebab abah nak anta Fadhil lagi. ikhwan pn dah sampai awal trus kitorang shoot ke ofis ambik mak. terus ke KPJ.sampai KPJ suhu 39.1c BP pun LOW. Personal Doctor iqa plak on leave.jemmm.. so ambk jela doc yang ganti dia. so doc bagi injection tapi serius aku tak tahan dengan injection tu rasa sangat xselesa rasa tak tentu hala. memang rse tak nak masuk ward. dah la nak tunggu ward kosong pun lambat. hospital Full House.
ni time kat luar area tak de aircond. sebab dah tak tentu hala kan jadi aku pilih untuk duduk luar supaya rasa tenang sikit.
malam kat ward ade nurse datang pasang ubat nyamuk..aik eran jugakkan ape kes. die kata procedure denggi. so tanya die dah positif denggi ke? dia kata nanti ape-ape doctor bagitahu. pergh memang nurse ni buat aku nervouse.tapi malam tu mmemang rasa lagi better la dari sebelum tu..
sabtu 8.30 pagi doctor sahkan aku kene denggi. tapi suhu dah drop badan dah rasa fresh balik.. start taw denggi memang aku makan buah kiwi sebanyak nya. sup ketam memang ramai orang suggest tapi malangnya aku allergic ketam memang tak boleh makan ketam karang tambah satu lagi penyakit plak.
rezeki aku cepat masuk ward darah merah tak drop teruk sangat tahap 118 je normal range 150++.. tapi sel darah putih agak teruk 1.1 sahaja!!! normal patutnya 4.3++..bile sel darah putih rendah jadi body agak weak untuk lawan virus denggi..sakit-sakit badan memang xde dah alhamdulillah lah aku tak kene dengii yang teruk. cuma BP Low sikit n suhu naik turun tp sikit sangat la.
n now harini ari selasa.. setelah aku dah bosan gila duduk ward decide nk tulis blog alhamdulillah time tulis entry ni dapat tw doctor dah bg discharge dah.. yahooooooo... bahagiaaa weiiiii..so nanti iqa sambung balik..nak packing barang.. bubyeeeeeee
- Tuesday, September 30, 2014
- 0 Comments







