♥Segmen GGK : May The Best Man Win♥

Sunday, June 05, 2011

assalamualaikum.. ayo penat semalam pun still tak habis lagi..semalam ke sg.petani, ikhwan's schoolmate kawen. so we all ni rombongan mengantar la kirenye....ok back to the story..hari ni iqa nak review kisah cinta kak azizah..sory la kak lama sgt biar akk tertunggu2..terukkan iqa ni..ampun ye semua jgk..iqa tak sengaja sangat2...huhuhuhuhu..ampunkan iqa x? huhuhuhu.....ok2 dh2..jom kite baca kisah Kak Azizah Yusof

Nama
Azizah Yusof



Nama Mr.seafarer
Capt. Mohamad Ikhwan bin Ishak (Hubby)



Putera Dan Puteri
Muhammad Irfan Amer (11 thn)
Muhammad Iman Ammar (10 thn)
Nur Aisyah Izzati (6 thn)
Muhammad Ilham Amsyar (2 thn)




Anniversary Date
tarikh tunang: 1 August 1999
tarikh nikah: 21 August 1999

wah beshnye tunang 20 ari jekan...

Facebook
facebook.com/azizah.yusof



Blog
http://www.azie-mydailylife.blogspot.com

Detik Percintaan
kisah  cinta kami boleh dibuat buku sebenarnya…tapi tak mau la citer panjang2kan…walaupun yg sorang  belayar  dan sorang study  merentas benua …bila nak kawin cari org belakang rumah jugak…hehehe..dah jodoh…

capt ngan akak sebenarnya sekampung…dah kenal dr kecil tapi biasalah zaman persekolahan kami tak duk kampung sangat. Masing2 sekolah berasrama…kemudian akak masuk ITM Arau Perlis..dia masuk ALAM…Akak sambung study kat UK dia kerja ngan PTSB..dan sekarang MISC…masa tu.tak pernah terlintas langsung nak ngan mamat berambut panjang lagi brutal ni…masa tu dia ngan best pren dia Capt.Mazly la yang berambut panjang lagi brutal.
 Akak pun dah ada bf masa tu…org kapal gak……cintan dari sekolah menengah lagi…(kita tak yah citer pasal mamat nie naa…tutup buku dah). Nak dijadikan citer pada 14/2/XX ada la sorang jejaka berani call akak ajak jumpa kat USJ9, hostel tempat akak ngan kawan2 tinggal b4 fly to UK. Dengar suara pun dah tahu org rumah depan…hehehhe…..layan jer la… . yg sebenarnya walaupun satu kampong, kami tak pernah bertegur sapa…Cuma usyar2 dari jauh jer…bila motor dia lalu tepi rumah…..hehehe. Atok dia buka kedai runcit ..so bila adik2 akak nie  balik dari kedai  saja…diaorg kata  “kak…abg wan kim salam”.
To cut the story short la kan…..akak cakap akak dah ada steady bf…dia kata tak pa la…dia nak kawan jugak..”best man win” katanya….akak kata ikut suka awaklah…masa akak kat UK selang 2,3 hari akak mesti dapat surat dari dia..kadang2 tiap2 hari…call pula boleh kata every week…berbeza dgn bf akak yg jarang2 tulis surat or call…sampai akak menangis tau. Kalau akak cakap rindulah nak dengar lagu2 melayu…tut..tut…dia hantar cassatte innovendo(betullah kot ejaannya), Wings…akak happy sangat… Hati dah berbelah bagi masa tu but still hoping bf call…yang mana satu jadi pilihan..dua2 pun org kapal..
Kat bf mestilah sayang tapi sayang jer kalau tak dipupuk…lama2 dia akan pudar.. Akak pernah putus dan tak mau kawan lagi dengan Capt. Dua kali tau…tapi jodoh kami panjang…banyak sangat dugaan sebelum  kami diijap kabulkan..

Persepsi pertama pada kerjaya Seafarer
Masa bercinta dulu terfikir jugak, kalau kawin ngan org kapal nie  selalu kena tinggal…sanggupkah aku. Dah la ramai yang menentang..kalau buatnya tak panjang jodoh aku…nak ngadu pada siapa…adakah aku akan dipinggirkan dari sedara-mara? Tapi akak tawakal kpd Allah sajalah, ini pilihan hati akak…baik buruknya akak terima…

Persepsi pertama family pada kerjaya Seafarer
Pada mulanya ramai yang menentang..terutama my uncle (akak tinggal kat rumah dia masa kerja kat Ranhill dulu). Lepas jer akak nikah terus kena keluar rumah, cari rumah sewa sendiri….huhuhu…sedih sangat masa tu coz akak rapat sangat dengan my auntie. Family akak tak ada masalah asalkan akak suka diaorg ikut jer….Nak tahu apa jadi lepas dah kawin?? Itulah menantu dan anak buah kesayangan diaorg..


Detik yang paling tak dapat dilupakan dengan si dia 

Banyak sangat….antaranya:
1.       Ini paling akak tak dpt lupa…masa tu kami kat dlm keta….tiba2 dia nangis..terkejut akak…mamat brutal mcm dia pun boleh nangis ka?  Then dia tanya “ kenapa laaa….. family akak tak boleh terima dia….jahat sangat ka dia niee…”.Sedih tau…terkedu sekejap..

2.       Naik motor virago ganas dia dari Court 9 USJ to Kajang…utk makan sate Kajang…mak aihh sakit pinggang makcik…

3.       Dia beli keta GTI Lotus coz ayah akak tak suka dia bawa akak nak motor…akak rasmi dulu balik kampung tapi melencong gie Penang dulu….opp bukan berdua…ada adik sedara temankan…


4.       All the way from Kl to Muar malam2 berdua pegi kenduri /open house rumah Auntie Maznah (ibu Capt. Mazly). Dia tido rumah mazly…akak tumpang tido rumah kak Dona (kakak Mazly)…Kat situlah akak terima nasihat dari seorang ibu (auntie Maznah), isteri (kak Dona) org kapal. Diaorg baik dan sangat mesra walaupun masa tu akak baru jer bf/gf gitu…


Cabaran paling getir pernah dilalui sepanjang menjadi partner seafarer:
Paling getir??? Eemmm….penyakit rindu la…..ubatnya Cuma satu…

nasihat Dan Kata2 semangat buat ahli geng Kapal
Nasihat yer…seperti yang selalu akak2 yg seangkatan nasihatkan akak…
·         Mesti jaga Nama & Maruah Suami
·         Mesti jaga harta suami (terutama anak2 dan diri kita sendiri)
·         Ukur baju di badan sendiri
·         Selalu bersyukur dengan apa yg dikurniakan olehNya










Best Man WIn!!!!!! wah solute la capt. sanggup bersusah pyh nak tawan hati kak zizah kite ni..wah sangat sweet lor capt..neway to capt. congrats akhirnye berjaya jgk!!!!

You Might Also Like

6 komen

  1. syioknya story kak azizah..lastly..dapat jugak dkt capt...caya la...;0

    ReplyDelete
  2. so sweet citer kak azizah ni,usaha tangga kejayaan... :-)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah happy ending 4 ur story...:)may Allah bless ur family always....i want to be like u too..:)

    ReplyDelete
  4. Capt. Mohamad Ikhwan bin Ishak...best capt ever...

    ReplyDelete

sangat menghargai anda yang tinggalkan tapak tangan disini

Love & Like

My Google