Filem Kita Wajah Kita-Wajah Pergaulan Bebas ke yang kita mahu paparkan?

Wednesday, March 13, 2013

hye kehidupan celam celum kat muka bumi blogging ni dh makin ketara untuk iqa kan.. i still tengah biasakan diri dengan kehidupan sebagai seorang isteri and menantu.. as anak tu memang sejak azali lagi.. memang la anak and menantu still de sae.. but its still not the same.. bagi yang dah kawen sure akan faham ape yang iqa maksudkan rite.. yelah kita baru nak masuk family baru kan.. even iqa dah kenal and rapat dengan family ikhwan sejak 4tahun lepas, but its still diff.. ya but i enjoy the moment.. new experience in my life..its gudd yowww hahaha..

menantu bukan lah topik hari ni but its most nak luahkan rasa ketidakpuasan hati.. macam ni.. iqa tengok sekarang kisah "dara" tak dara.. kisah pergaulan bebas lelaki perempuan dah macam senang giler la kita tengok dalam tv.. kalau berita tu lain cerita la.. tapi kes drama and filem.. drama tak abis-abis pasal, perempuan dah kene "sentuh", mengandung luar nikah atas kerelaan..pastu dalam drama siap macam mak bapak diorang tak kesah and kawen kan anak tu untuk tututp malu...siap kawen kan dengan lelaki lain plak tu... wwooooo ape ni baiiiii.. what the hell is this????

ini ke cara kehidupan rakyat malaysia yang makin berkembang maju dan bertamadun? hmmmmmmmmm

iqa td tengok sikit cerita baru di TV3 "Bangunnya Seorang Wanita".. ada ayat that guy (alamak tak taw nama die, tapi di abang kepada EL dalam cerita Setia Hingga Nyawa tu") die siap cakap 

"balqish ko tak kan dapat lupakan aku kekasih pertama kau dan orang pertama yang SENTUH kau"

ape ni broooooo.. adoi hai... sedih.. nampak tak benda ni macam benda remeh je kan.. seolah2 maruah wanita zaman sekarang ni terlalu MURAH.. macam mana la kanak2 boleh tak terikut.. yelah kalau budak2 ok for me klu sekolah tu they are still kids sebab senang nak terpengaruh..ala kite yg dah dewasa mesti pernah lalui zaman diorang kan.. so bayangkan, mesti diorang akan pikir benda ni tak salah sebab benda ni dah jadi lumrah kehidupan.. memang la orang cakap parents kene pantau.. tapi ingatlah parents pun manusia jugak bro mana mampu nak kawal everything kan..

hidup sosial pergaulan di pub, pergaulan bebas lelaki perempuan, pakaian yang terlampau itu semua mudah menjadi ikutan kanak2 dan remaja. memang mereka ada keluarga ibu ayah yang yang sepatutnye mengawal mereka, tapi kenapa tidak pihak media menonjolkan sesuatu yang lebih berfaedah dan lebih berguna untuk dijadikan ikutan..adegan bercium berpeluk adoi memang tak tapisan langsung.. dalam filem ROCK UUU.. adohai perlu ke adegan cium peluk2 ghairah macam tu dipertontonkan.. itu ke budaya malaysia??

iqa cume nak suarakan pendapat pada FINAS minta kerjsama agar kisah2 sosial terlampau ni kita tak perlulh terlalu berleluasa di dalam drama dan filem..sebab zaman sekarang susah jugak lah nak cari rumah yang tak de TV.. media merupakan salah satu medium ikutan yang sangat berpengaruh.. tapis dan seeloknya perkara sebegini tidak perlu dijadikan pendedahan yang melampau.. akibat pendedahan sebegini, ianya seolah satu budaya kehidupan biasa yang tiada dosa dan salahnya.. kita yang dewasa dan sedang waras mungkin boleh mengatakan, tu salah sendri kenapa iman tak kuat.. tapi untuk kanak-kanak serta remaja yang jiwanya sedang bergelora sedang menempuh alam baru sebagai remaja tu macam mana pula..


harap sangat la perkara sebegini diberi perhatian yang lebih mendalam. dan mohon Pihak Kerajaan memberi perhatian pada gejala ini.. 

FILEM KITA, WAJAH KITA

maka, adakah WAJAH seperti ini yang mahu kite pertontonkan khususnya kepada negara luar?


p/s : sejak dah kawen makin sensitif plak lah kes pasala macam ni ha.. terpikir nanti my next generation macam mana pulak lah tahap "keterbukaan" diorang ni ye..

You Might Also Like

0 komen

sangat menghargai anda yang tinggalkan tapak tangan disini

Love & Like