Hantaran Kahwin Buat Tersayang
Monday, December 17, 2012
hai guys.. hari ni shake flavour ape? iqa choose chocolate shake? korang? erk xde shake? owh man kesiannya... ya Allah macam mana lah nak tolong korang kan.. ha breakfast nasi lemak? ya Allah lagilah kesian.. kan bagus iqa boleh tolong korang untuk dapatkan nutrisi terbaik setiap pagi dan bukannya makanan yang hanya tinggi carbo, lemak dan gula... Ya Allah permudahkanlah diriku untuk membantu mereka yang benar2 memerlukan makanan nutrisi yang ade pada ku ini Ya Allah amin....
bila dah ada nutrisi dalam badan baru la seronok nak blogging nak buat weding preparation kan2.. ok hari ni nak story tentang hantaran? iqa sure memang ramai yang pening nak bagi hantaran ape kan? ok iqa sendiri in the 1st stage sangat2 bingung kadang gaduh jugak la dengan ikhwan kan hahah..yalah sorang nak ini sorang nak ini.. gaduh manja u olsss hahaha..
iqa sendiri dah start beli hantaran, like perfume, sejadah handabag and so on..(yeayh ade jgk yang aunti2 sponsor hahah bahagia u olsss hahaha)
ade beberapa barang yang sesuai and selalunya diberi sebagai hantaran.. so lets check it out
Sireh Junjung @ Tepak Sireh
Ini dipanggil kepala hantaran..ibaratnya ia adalah sebagaiketua segala hantaran yang ada. hantaran sireh junjung mahupun tepak sireh ini merupakan perkara yang dianggap wajib dalam hantaran. ini hanyalah adat terpulang pada pengantin dan keluarga. selalunya tepak sireh digunakan di kawasan negeri Perak yang sememangnya terkenal dengan seni tekatnya. ada juga yang menggunakan tepak masa bertnang dan sireh junjung ketika majlis pernikahan.
zaman dahulu kala memang makcik-makcik opah-opah nenek-nenek makan sireh tapi zaman sekarang ianya lebih kepad pelengkap adat dan hiasan
info extra: petua orag dulu, anak dara yang ingin berkahwin, digalakkan "mencuri" sireh dari tepak atau sireh junjung dan dimakan tanpa pengetahuan sesiapa. kononnya nanti melekat jodoh"
ni tepak sireh moden
Quran dan Tafsir
Quran merupakan simbolik dari pihak lelaki, yang menyatakan bahawa suami akan memastikan isteri akan membaca al-quran serta akan diberikan pendidikan agama yang secukupnya. janganlah ingat ianya sebagai hiasan. suami wajib memastikan isterinya membaca al-quran dan bukan quran itu sebagai hiasan semata2. Tafsir pula selalunya dari pihak perempuan.
Cincin, Emas dan Mas Kahwin
yang ni memang antara hantaran wajib yang sentiasa adalah. Ada pasangan yang memilih cincin untuk majlis batal air sembahyang ada pula yang memeilih barang kemas yang lain seperti rantai tangan, gelang dan rantai..ikutlah cita rasa dan kemampuan masing-masing. mas kahwin selalnya akan diselitkan sekali bersama barang kemas
Telekung dan Sejadah
hantaran dari si suami menyatakan bahawa beliau akan memastikan si isteri solat 5waktu dan turut mendidik untuk solat sunat yang lain.
my cousin's hantaran
kak adda
Handbag, Purse and wallet
iqa menggalakkan bagi mereka yang memilih untuk bagai hantaran handbag, pilih jenis tote bag, candy bag.. tidak terlalu besar and pastikan die design yang terletak.. tak lembik supaya nampak cantik dan terletak di atas dulang hantaran.
my cousin's hantaran
thanx abg zaid
Kasut
bagi perempuan pilih stilettos. nampak seksi dan canik di atas dulang hantaran. bagi lelaki boleh memilih kasut kulit atau kasut sukan. namun begitu, iqa kurang sokong apabila terdapatnya Quran di salah satu hantaran keran level quran dan kasut di paras yang sama. mungkin korang boleh ganti dengan gadget selain dari kasut
Perfume, Make up @ skin care
iqa galakkan belilah perfume yang menonjolkan diri and personaliti anda sendiri. kalau anda dapat pakej and bentuk botol yang cantik itu adalah bonus
my cousin's hantaran
kak adda
(my fav perfume..i like sweet fragrances)
Gadget
Gadget merupakan trend baru, ada yang bagi handphone, camera, playstation and macam2 lagi.. bagi iqa, lebih baik gadget dari bagi sesuatu yang kita tawhu kita tak guna or tak pakai
Gadget merupakan trend baru, ada yang bagi handphone, camera, playstation and macam2 lagi.. bagi iqa, lebih baik gadget dari bagi sesuatu yang kita tawhu kita tak guna or tak pakai
Pakaian
anda boleh memilih kain ela, kemeja mahupun jersey. Selalunya kemeja agak segak untuk dijadikan hantaran sebab dia kemas dan tampan.. for footbalss fans here u can go like jersey and others stuff yang melambangkan football clubs
Makanan
ussually orang bagi makanan seperti cake, chocolate and buah. tapi bagi adat negeri perak, tim bertunang sememangnya secara total akan bagi makanan.. dan barang2 lain waktu majlis pernikahan. seronok sebenarnya bagi makanan boleh share dengan family member
hantaran di atas ni time iqa bertunang dan smuanya makanan
dari pihak iqa : 31 dulang
dari pihak ikhwan : 7dulang
so gud luck kawan2.. hope sharing ni bagi manfaat kepada semua.. and to ZAHA WEDDING PLANNER hehe abg zaid iqa curi gambar ye hahaha..info perdana:
- pilih warna barang hantaran berpadanan or match dengan design and warna set hantaran or dulang hantaran anda.. jangan terlalu contra je
- Beli barang yang pastinya korang pakai.. jangan membazir ye
- belilah barang mengikut budget dan kemampuan jangan la keraan mingkut trend sampai bergolok bergadai
FB ZAHA wp : ZAHA Planner
Blog : SInce '08
p/s : yeahh i lovemy hantaran's perfume... yawwwwwww!!!! excitedddd
3 komen
31 dulang??? Dasyat
ReplyDeletesy dlu masa hntaran khwin tahun 2002, smpi 62 bekas..cm x caya..
ReplyDeleteNasib baik makanan 31 dulang. Kalo hantaran gadget ke kasut wallet baju sumenya mau pengsan...eke keje
ReplyDeletesangat menghargai anda yang tinggalkan tapak tangan disini