Resipi : Ayam Masak Merah Menyala

Tuesday, May 26, 2015

hari ni nak share resipi simple dan mudah..ala rasanya ramai je orang yang taw masak masakan ni.. tapi tak pelah share jelah ye.. Ayam Masak Merah Menyala.. hehe saja tambah nama gediks2..

memang merah menyala ayam masak iqa ni hehe

Bahan-Bahan
10 ketul kecil ayam
3sudu besar cili blender (cili kering yang siap dikisar
3 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
1 biji cili merah belah 
1 biji bawang holland
1inch halia dihiris
1 batang serai diketuk
1/2 biji tomato potong 3
kulit kayu manis
bunga lawang
biji pelaga
3sudu besar sos cili
2sudu besar sos tomato
1sudu kecil sos tiram


*** seriusly time masak main campak2 je tak reti nak sukat2 bagai so korang campak2 ikut selera je ye..sukatan ni tak yah la follow sangat



Cara Masak
1. goreng ayam sehingga 3/4 masak. dah masak asingkan kedalam pinggan
2. Kisar bawang besar, bawang puting dan cili merah
3. dengan menggunakan minyak gorengan ayam(ambik sikit la yang secukupnya) tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili merah yang telah dikisar. masukkan juga halia, biji pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
4. setelah naik bau dan bahan tumis menjadi perang, masukkan cili blender. masukkan serai dan tomato.tumis sehingga pecah minyak dan warna merah cili menjadi merah gelap.
5. Masukkan sos titam, sos tomato dan sos cili. masukkan air. masak sehingga pekat.
6. masukkan ayam. masukkan garam dan gula. masak sketika untuk biar kuah menjadi keat. boleh tambah air jika perlu.
7. masukkan bawang holland gaul dan tutup api. siap


Ok dah boleh makan hehehe

tak sangka plak bila post gambar Ayam Massak Merah ni, bestfriend iqa dayah ngidam terus
tapi dayah dah balik ke pahang time tu. nasib la dapat arrange dengan husband die time husband die nak balik pahang hantar kan sebekas untuk dayah. balik2 kerja gigih masakkan untuk dayah.. 
dulu teringat ecah ngidam muffin iqa ni dayah ngidam ayam masak merah iqa. im happy to serve all my beloved preggy mummy.. 
sekarang dayah dah bersalin dh pun.. dah sebulan dah pun..  tak sabar nak jumpe baby naura...

ok la c yaaa

You Might Also Like

1 komen

sangat menghargai anda yang tinggalkan tapak tangan disini

Love & Like

My Google