Dapur IqaWan : Ayam Masak Halia Versi Iqa

Tuesday, April 14, 2015

moshi moshi.. lama x share resipi ngan korang semua kan.. ni masuk weekend kedua ketiga iqa masak untuk ikhwan n my family. lega dah boleh masak balik. but as usual kalau masak untuk suami wajib ada ayam. jarang-jarang la tak ada ayam. sebab dah itu favourite die kan jadi kene lah dieberikan ayam. bila tengok suami makan masakan kita kene dengan penuh selera n family pun suka so kita pun happy kan.. cooking is one therapy for me la.

so hari ni iqa share satu resipi yang iqa pakai bantai sendiri. hari tu tengk member tulis die masa yama halia gambar lebih kurang. so ggogle sikit resipi and than masak ikut hati dan tekak. hehe.. sebelum masak jangan lupa baca bismillah ye.. so here we go

Ayam MAsak Halia Versi Iqa


Bahan-bahan
8-10 ketul ayam dipotong kecil 
3 ulas  bawang putih diketuk-ketuk je
1inci  halia potong memanjang
1 batang serai diketuk
1/2 ulas bawang holland
2 tangkai cili padi (nak pedas lagi boleh tambah) dibelah tengah
1/2 tangkai cili merah di hiris lebar
1/2 tangkai cili hijau dihiris lebar
3 biji tomato ceri dibelah dua (tomato biasa pun boleh)

minyak masak
serbuk kunyit
sos tiram (bancuhkan sedikit dengan air)
garam & gula
kicap
air
(to be honest iqa tak pandai nk tulis betul2 sukatan sebab selalu masak ikut sedap mata dan hati hehe)



Cara-cara memasak
1. Lumur ayam dengan serbuk kunyit dan garam. 
2. Gorengkan ayam sehingga separuh masak.ketepikan ayam yang sudah dimasak 
     **pastikan isi masih lembut. jangan goreng garing. isi die nanti tak sedap untuk masakan ini.

3. gunakan minyak gorengan ayam (ambil sikit sahaja). tumiskan bawang putih dan halia.
4. sebaik sahaja naik bau dan bawang kekuningan, masukkan sos tiram yang dibancuh dengan sedikit     air.
5. masukkan ayam yang telah digoreng,serai dan cili padi. kacau dan biar seketika supaya ayam               masak seketika.
6. masukkan cili merah cili hijau dan bawang holland.
7. jika perlu boleh tambah air.
8. tambahkan garam n gula secubit. dan masukkan tomato. kacau dan tutup api.




actually sgt simple and kejap je nak buat..tapi panduan iqa bagi macam panjang kan sebab tak reti sangat nak bagi panduan pada orang hehehe.. masakan ni simple senang jugak buat isteri bekerja untuk masak on weekdays. and kalau ada anak2 pasti anak2 pun suke.. so selamat mencuba

You Might Also Like

0 komen

sangat menghargai anda yang tinggalkan tapak tangan disini

Love & Like